Sunday, April 01, 2012

RUMUSAN BAB 9 (SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA)

BAB 9 - KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Disediakan Untuk :
DR AHMAD SAHIDAH
PENSYARAH SAINS PEMIKIRAN & ETIKA GROUP C

Disediakan Oleh :
 NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK (214298)


"Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, misalnya dengan cara fikiran logik, penyelesaian secara agama, penyelesaian secara perasaan, penyelesaian secara kreatif dan sebagainya."



LANGKAH-LANGKAH MENGUASAI KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH : 

 1.      Kenal pasti masalah yang dihadapi : 
  • Cari sebab-sebab timbulnya masalah dengan meneliti keadaan pada masa itu dan cari tujuan dan sebab-sebab masalah itu perlu diselesaikan.
  • Cari masalah yang sebenarnya dengan memfokuskan isu yang penting. Halangan-halangan penyelesaian masalah dan sebab timbulnya halangan itu juga dikenal pasti.

2. Fikirkan dan senaraikan kemungkinan-kemungkinan penyelesaian masalah.


3. Teliti kemungkinan-kemungkinan kesan dan akibat sekiranya cadangan penyelesaian itu dilaksanakan dengan melihat :
  • Kesan dan akibat yang penting difikirkan.
  • Kesan dan akibat itu.
  • Sejauh mana pentingnya kesan dan akibat itu.

4. Pilih penyelesaian yang terbaik berdasarkan maklumat-maklumat di atas.
 
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH 
  •  Penyelesaian secara logik.
  •  Penyelesaian secara saintifik.
  •  Penyelesaian secara kreatif (lateral).

MENYELESAIKAN MASALAH SECARA ISLAM 

  • Pendekatan tauhid.
  • Pendekatan hukum.
  • Pendekatan sufi : 
            Hakikat masalah
            Sebab masalah   



1 comment:

  1. TQ... FOR UR INFO.... MESTI 4 FLT NIE...HIHIHIHI

    ReplyDelete