Wednesday, April 27, 2011

"Teman Tapi Mesra"

Korg tau xmkne teman tp mesra tue aka TTM??..for sure tau kn coz mostly rmai yg bt cam tue..hehe..xyah nk geling2 pale plaks..msti ada nyer lah yg bt..lg2 yg ada rupe paras yg konon nyer charming bek boy o gurl..then person yg ble bt ayat tue leh m'cair kn org..hehe..slalu la ada TTM kn..

usualy org ada TTM nie bkn sbb ape..juz nk ilang kn rse bosan ble time gado ngan BF/GF korg kn..btol x..btol x..haha..then yg xske t'igt ngan somebdy..cewah ckp cam ada pengalaman jer kn aku nie..hehe..ssshhhuhhh diam2 dah r..rhsia kte.. :) kat snie aku list kn 10 PERATURAN  NK JADI TEMAN TAPI MESRA..
1.   Just For Fun
 Buang dulu khayalan kisah hidup Cinderella yg berakhir bersama insan yg dikasihi dan hidup happily ever after yg bermaen di pikiran korg. Apabila korg pilih untuk TTM,  korg tak akan pening kepala untuk memikirkan ke mana si dya menghilang atau menyepikan diri serta apabila si dya tak berada di samping korg. Cukup la sekadar mendapat perhatian dgn menerima SMS dari si dya. Begitu jugak sebaliknya, si dya tak da hak menyoal perkara2 peribadi tentang korg seolah-olah si dya BF/GF korg. Ingat hubungan neh sekadar to have fun.

2.   Bersedia Digosipkan
 Kawan2 mula curiga hubungan korg dgn si dya. Ada yg tak senang dgn hubungan korg dan mula membuat cerita tentang korg. Mungkin juga tersebar gosip yg korg sedang dilamun cinta dan menyebabkan market korg jatoh dan mungkin ada guyz  yg minat dgn korg berfikir dua kali. Jangan terlalu ambil berat soal gosip neh. Jika ada yg inginkan kepastian, jawab ja 'TAK' . Kan senang mcam tuh. Cuba elakkan ke tempat awan secara berdua2an. Korg akan menjadik seperti artis yg dikejar paparazzi yg sebuk inginkan cerita panas yg korg sedang berkasih gelap dgn seseorang.

3.   Cemburu , No Way !
 Jgn beri peluang rasa cemburu menguasai hati dan pikiran korg. Si dya bercouple atau dekat sama gurlz/boyz lain ke, bukan alasan untuk korg rasa sakit hati. Memang, apabila melibatkan soal hati dan perasaan segala perkara yg remeh menjadi sukar but korg perlu tegas dengan pendirian yg korg dan si dya hanya sekadar TTM. Bagaimana pulak kalo si dya yg ada perasaan cemburu ? Korg perlu terus terang dan katakan pada si dya yg kita neh sekadar teman, jadi jgn masuk campur hal personal korg dan si dya tak berhak untuk cemburu !

4.   Tetap Melirik Pada Boyz/Gurlz Laen (tok yg single je k!!!)
 Walaupon punyai TTM but korg jgn sampai lupakan gurlz/boyz yg laen. Secara logiknya, korg kan masih single. Neh beerti korg tak sepatotnya berdiam saja dan bukak la pintu hati untuk menerima insan laen dalam hidup.

5.   Happy Being Single
 Pastikan saat korg memutuskan TTM dan pada masa tuh juga korg tak da probs dgn status single. Status TTM adalah kesempatan untuk berkenalan saja dan bukan untuk memberi komitmen kononnya korg akan terima si dya sbgai BF/GF korg. Pastikan juga si dya tau tentang hal neh supaya korg tak ditaburkan dgn janji2 palsu. Jika korg berniat untuk bercouple, baek lupakan saja niat untuk TTM sbb akhirnya nanti korg juga yg sakit hati kan ?

6.   Jangan Terlalu Mengharap
 Jodoh tuh di tangan Allah. So, bukak la mata korg selebar2nya. Tak bermakna kalo korg sudah mengenali satu sama laen dan terlalu rapat si dya adalah jodoh korg. Lumrah alam, apa yg kita inginkan tak semestinya akan dapat. Kalo sudah tertulis si dya adalah jodoh korg, tidak perlu penat berkejar-kejar. Ia pasti akan datang sendiri.

7.   Hindari Janji Palsu
 Janji tuh beerti memberi harapan. So, elakkan dari saling memberi janji apatah lagi kalo korg tau kenyataan tuh tak akan terjadik. Jika si dya jenis suka menabur janji, korg perlu berpikir secara rasional. Jika sekadar memuji, on je la. saper tak suka kena puji kan ?

8.   Hadiah Neutral
 Tak maneh la kalo bufday si dya korg tak kasi present kan sedangkan korg la insan paling rapat dgn dya. Cukup la sekadar memberi hadiah yg besa2 ja dan tak terlalu spesial sgt. Korg pon tak perlu la nak habehkan masa sari suntuk dgn si dya. Its too much !

9.   Peraturan Fizikal
 Sebaeknya peraturan neh dimulakan dari awal lagi..Elak dari suma sentuhan secara fizikal sbb korg perlu tau status korg hanya sekadar TTM dan tak lebih dari tuh. Jika berlaku secara tak sengaja contohnya korg memukul lengannya time si dya membuat lawak, tuh tak mengapa. Dah tak sengaja kan ? Tapi kalo dah berjalan sambil berpimpin tangan tuh ? Ooppss ! Nanti dulu ! Bahaya tuh !

10.   Tahu Bila Harus Berhenti
 Jika perasaan korg dah tak normal lagi pada si dya, baek korg berterus terang saja pada si dya dan tanyakan perasaannya juga. Now dah zaman moden. So, tak da lagi istilah 'perigi cari timba' . Jika si dya besa2 ja, lebih baek korg akhiri status TTM. 

ape motif aku plih pic nie kn..haha


 p/s : sblom buat keputusan untuk berTTM, pastikan BF/GF korg betol2 tak kesah. Maksudnya open minded dan sporting habeh !  OK ?..tp ada ke yg nk partner dye ada TTM erk..hahaha :D

"TANDA LELAKI JATUH CINTA"

Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi korg dengan rela bukan kerana terpaksa. 

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Dia banyak menasihati korg kerana dia amat menyayangi korg. 

Dia berusaha mengongkong kebebasan korg kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Dia sentiasa takut kehilangan korg. 

 Dia sentiasa mengawasi pergerakan korg kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan korg. 

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila korg tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu korg melayannya lebih dari org lain. 

Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu korg melakukan apa saja.

Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh korg. 

Dia akan mengalabah apabila korg berjauhan daripanya terlalu lama. 

 Dia sentiasa mempastikan keselamatan korg. 

Dia mementingkan korg daripada dirinya sendiri. 

Dia kerap bertanya adakah korg mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada korg. 

 Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan korg walaupun terpaksa menunggu korg dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

 Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 

Kalau kne tggl ngan korg, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap korg kembali kepadanya. 

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali korg. 

Dia menganggap korg sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku )

Dia tidak akan berlaku curang kat korg namun kalau dia buat maknanya hatinya belum 100 peratus mencintai korg.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH  LELAKI YANG MENCINTAI DIRIMU YANG BERGELAR WANITA!!!

p/s :: ha ada x BF korg bt cam nie..kalo xda sah kne tgl cpt2..hehe..buang mse je..g cari len.. :)

10 PERKARA LELAKI ITU RUMIT

1.Jika korg layan dengan baik, dia fikir korg jatuh cinta kat dia plak..
Jika tidak, korg akan dianggapnya sombong..

2. Jika korg pkai cantik2, dia fikir korg nk goda dia..
Jika tidak, dia kata korg kekampungan..

3. Jika korg berdebat dengannya, dia kata korg keras kepala..
Jika korg berdiam diri, dia kata korg tak ada IQ tinggi la plak..

4. Jika korg lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka..
Jika dia yang lebih pintar, dia prasan hebat..

5. Jika korg xcinta padanya, dia akan cuba mendapatkan korg bermati-matian..
Jika korg mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkan korg..

6. Jika korg bg tau masalah korg, dia kata korg menyusahkan..
Jika tidak, dia tuduh korg tidak mempercayainya. .

 7. Jika korg cerewet, dia anggap korg seperti seorang pengasuh..
Jika dia yang cerewet pada korg, itu kerana dia mengambil berat..

8. Jika korg mungkir janji, korg tidak boleh dipercayai..
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika korg menyakitinya, korg sangat kejam..
Jika dia yang menyakiti korg, itu kerana korg terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika korg mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..

Apa kata lelaki?

p/s : ini suka2 je k.. bkn sume nye btol.. hope xde yg trse hahaha..tp rse nyer mostly btol kot..haha

Tuesday, April 26, 2011

10 SbB jGn DoK GaTaI aMiK LaKi Org!!!

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

 2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

 3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
  
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
  
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
  
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

 7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

 8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

 9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
  
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

"KeNaPa WaNiTa MuDaH MeNaNgIs"

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

 ******

 Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

 ******

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Friday, April 22, 2011

kalau encik boleh terangkan kepada anak2 saya.............

Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter.. kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun..

Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari.

Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya.

Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh!

Si adik pun buatlah hal yang sama! Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. bermain-main.

Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!"

Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?"

Akhirnya Azwan membuka cerita..

Katanya, isterinya sebenarnya terlantar sakit di hospital - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan.

Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya.

Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya!

Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari.

Si adik pula terus mencari-cari baju yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam.

Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter.

Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka.

Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada!

Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan.
 ...
 Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui.

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS.al-Zumar:9)


p/s :  Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta..Wallahu'alam.

Ada aku peduli?

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
  
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

 Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

 Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

 Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

 Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
  
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

 Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
  
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

 Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

 Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
  
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
  
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
  
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
  
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

 Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

 Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

 P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri..Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita..Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Friday, April 15, 2011

➳♥ WARGA EMAS BAHAGIA ➳♥

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah LANJUT USIA baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.... Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido..." Suaminya dengan separuh sedar menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula...

 Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium saya..." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik...

 Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu kan.... abang selalu gigit-gigit leher saya..." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.


Si isteri heran dan terus bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan nada marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la ni..."

Thursday, April 14, 2011

-AYAH- (♥♥,)


➳♥ Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
        TAPI TAHUKAH KITA??
 sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita..

➳♥ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..
       TAPI TAHUKAH KITA??
 bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih..
       ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

➳♥ Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!"..
       TAPI TAHUKAH KITA??
bahwa ayah sangat risau..

➳♥ Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam...
        Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..
        TAPI TAHUKAH KITA??
bhw ayah hanya ingin menjaga kita? 
        Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga...

➳♥ Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya... 
       kita telah melangar kpercayaan nya...
TAPI TAHUKAH KITA??
       Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau...

➳♥ Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
       Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita..
ayah hanya mengerutkan dahi...
       tanpa menolak, beliau memenuhinya..
       Namun Saat kamu berjaya..
TAPI TAHUKAH KITA??
Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
       Dan Ayah akan tersenyum dngan bangganya..

➳♥ Sampai ketika..kita bakal menamatkan zmn bujang kita...
Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya...
Dan akhirnya.............
Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan kita..
ayahpun tersenyum bahagia..
TAPI TAHUKAH KITA??
 bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis...
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia...
Dan diapun terus berdoa...
 "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..
Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

➳♥ Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita 
brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

TAHUKAH KITA??...